Thursday 22 November 2012

Karnival Usahawan, Showcase SDSI & Masakan Malaysia 2012

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan karnival yang julung-julung kali diadakan di daerah Lenggong ni. Pelbagai acara menarik menanti anda di sana. Jumpa anda semua seperti di bawah:

Tarikh: 23 -25 Nov. 2012
Masa: 0900 ~ 2300
Tempat: Padang Bolasepak, Majlis Daerah Lenggong.


Sekian, terima kasih.


Monday 5 November 2012

Majlis Meraikan Lembah Lenggong

Semua dijemput hadir ke Majlis Meraikan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia. Ianya akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10 Nov. 2012 (Sabtu)
Masa: 11:00 pagi ~ 06:00 petang
Tempat: Dataran Lenggong


Sekian, terima kasih.

Pengiktirafan Lembah Lenggong Patut Dapat Sokongan


Sumber: Muka surat 3 (Bahagian Nasional) Berita Harian Ahad, 04 Nov. 2012

Selamat Hari Lahir!!!

Pihak Majlis Daerah Lenggong mengucapkan selamat hari lahir kepada kakitangan Majlis Daerah Lenggong yang menyambutnya dalam bulan November ini. Mereka adalah:

1) MOHD ZAIMIL IZWAN B ZAINAL ABIDIN (02 Nov)
2) TEH YUEN YEAN (06 Nov)
3) NUR AISYAH BINTI HAJI MOHD RADZI (09 Nov)
4) MOHD ROYZERLY BIN RAZALY (14 Nov)
5) NOR ARGAYAH BINTI DAHAYAT (15 Nov)

6) MOHD ALI DANIAL BIN ABDULLAH (15 Nov)
7) NOR AZHARI BIN YUSOF (16 Nov)

Diharapkan tuan/puan semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat berkhidmat dengan cemerlang di Majlis Daerah Lenggong ini.

Terima kasih.

Thursday 25 October 2012

Portal MDLG Mendapat 5 Bintang

Portal Majlis Daerah Lenggong telah berjaya mendapat penarafan 5 bintang pada tahun ini di dalam "Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2012". Untuk keputusan penuh, boleh layari pautan di bawah:

http://www.mscmalaysia.my/sites/default/files/mgpaw2012/MGPWA-2012.pdf

Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Pihak Majlis Daerah Lenggong mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Berhati-hati di jalan raya sempena cuti musim perayaan ini.

Terima kasih.

Pertandingan Anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan




Friday 5 October 2012

Selamat Hari Lahir!!!

Diucapkan selamat menyambut hari lahir kepada staf Majlis Daerah Lenggong yang menyambut hari lahir dalam bulan Oktober ini.

Terima kasih.

Pindaan Tarikh Tutup Sebutharga Bil. 17/2012


Tarikh tutup sebutharga bil. 17/2012 bagi kerja-kerja menaiktaraf tandas-tandas dalam kawasan Majlis Daerah Lenggong adalah pada 10 Oktober 2012 (Rabu) sebelum jam 12:00 tengah hari. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Friday 21 September 2012

Notis Sebutharga

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelas F bertaraf Bumiputera dan masih dibenarkan membuat kerja-kerja sebuatharga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga berikut:-

Menaiktaraf tandas-tandas dalam kawasan Majlis Daerah Lenggong Perak.

Lawatan tapak: 28 September 2012
Tarikh tutup: 05 Oktober 2012


Thursday 6 September 2012

Notis Sebutharga MD Lenggong

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelas F yang bertaraf Bumiputera dan masih dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga seperti berikut :-

No. Sebutharga: 16/2012
Tajuk Kerja: Menaiktaraf gerai-gerai di dalam kawasan Majlis Daerah Lenggong
Kepala & Sub-kepala: Kepala III Subkepala 8(b)
Harga dokumen: RM 30.00

Lawatan Tapak: Jam 09:00 pagi ; 13/09/2012
Tarikh tutup: 19/09/2012


Sekian, terima kasih.


Wednesday 5 September 2012

Selamat Hari Lahir Kepada Staf MD Lenggong

Selamat hari lahir kepada staf Majlis Daerah Lenggong bagi bulan September 2012:







Iklan Pengambilan Pekerja Sambilan Harian

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seperti dilamp
iran.

Tarikh tutup: 12 September 2012

Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit OSC, Majlis Daerah Lenggong.

Terima kasih.
 
 

Friday 17 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Assalaamualaikum & Salam Sejahtera,

Kami di Majlis Daerah Lenggong mengucapkan kepada semua muslimin & muslimat Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin dan selamat bercuti. Berhati-hati di jalan raya semasa musim perayaan ini.

Terima kasih.

Friday 3 August 2012

Selamat Hari Lahir Kepada Kakitangan Majlis Daerah Lenggong

Selamat Hari Lahir!!!
---------------------

Kami mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada kakitangan Majlis Daerah Lenggong yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos ini:

Narimah Binti Mohamed Aripin ( 10 Ogos )
Mohd Nakhaie Bin Abdul Raof ( 17 Ogos )
Norhafizah Binti Ahmad Ridzuan ( 25 Ogos )
Ismail Bin Ahmad ( 31 Ogos )

Semoga anda semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi di MDLG. Tahniah!!!

Sekian, terima kasih.

Thursday 26 July 2012

BAZAAR RAMADHAN MAJLIS DAERAH LENGGONG

Bazaar Ramadhan 1433H telah dibuka di Dataran Lenggong sepanjang bulan Ramadhan ini. Ianya mula beroperasi mulai jam 03:00 petang setiap hari. Pihak Majlis Daerah Lenggong pada tahun ini telah menyediakan sebanyak 84 tapak kepada peniaga bazaar Ramadhan dan terdapat 4 tapak peniaga bazaar Aidilfitri di Dataran Lenggong ini. Pelbagai jenis juadah berbuka puasa boleh anda peroleh di bazaar Ramadhan ini.

Datanglah beramai-ramai ke bazaar Ramadhan ini!!!

Iklan Sebutharga Majlis Daerah Lenggong

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelas F bertaraf bumiputera dan yang masih dibernarkan membuat kerja-kerja Sebutharga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga berikut:-

1. Membina jalan di Kg. Sira, MD Lenggong (No. Sebutharga: 13/2012)
2. Menaiktaraf gerai-gerai dalam kawasan MD Lenggong (No. Sebutharga: 14/2012)
3. Menaiktaraf jalan dan kerja-kerja berkaitan di tapak pelupusan sisa pepejal MD Lenggong (No. Sebutharga: 15/2012)

Lawatan tapak: 07 Ogos 2012 jam 09:30 pagi
Tarikh tutup: 14 ogos 2012 sebelum atau pada jam 12:00 tengah hari

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Daerah Lenggong.

Sekian, Terima kasih.



KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH LENGGONG

Untuk maklumat lanjut berkenaan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sebutharga Majlis Daerah Lenggong, sila layari portal rasmi Majlis Daerah Lenggong.

http://www.mdlg.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=13540&folderId=13006&name=DLFE-6601.pdf


Terima Kasih.

Tuesday 24 July 2012

Waktu Operasi Kaunter Hasil Majlis Daerah Lenggong di bulan Ramadhan 1433H

PENGUMUMAN!!!
==============

Sempena bulan Ramadhan ini, waktu kutipan kaunter hasil Majlis Daerah Lenggong adalah seperti berikut:-

Isnin - Khamis : 08:00 pagi ~ 04:15 petang
Jumaat : 08:00 pagi ~ 12:15 tgh hari & 02:30 ptg. ~ 04:15 ptg.

Kami mengucapkan selamat menjalani ibdah puasa di bulan Ramadhan ini.


Sekian, Terima Kasih.

Wednesday 4 July 2012

Permohonan Sewa Gerai MDLG

Permohonan adalah dipelawa untuk menyewa gerai Majlis Daerah Lenggong seperti berikut:-

Satu (1) unit gerai No. 11, Gerai Tasik Raban, Lenggong.

Tarikh tutup permohonan: 20 Julai 2012
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Daerah Lenggong.

Terima kasih.

Tuesday 3 July 2012

LEMBAH LENGGONG TAPAK WARISAN DUNIA - UNESCO

Alhamdulillah, akhirnya Lenggong berjaya diangkat sebagai salah satu tapak warisan dunia. Pada tahun ini sebanyak 8 negara telah terpilih dan Malaysia (Lenggong) merupakan salah satu negara yang bertuah selain daripada negara Iran, Kanada, Portugal, Sepanyol, Perancis, Slovenia dan German. Semoga dengan pencalonan ini Lenggong akan mula dikenali di mata dunia dan penduduk Lenggong mendapat faedah dari kebanjiran pelancong yang akan melawat Lenggong selepas ini.

Tahniah kepada Jabatan Warisan Negara, pasukan PPAG USM, warga Majlis Daerah Lenggong,Jabatan Kerajaan, penduduk daerah Lenggong dan semua pihak yang telah berusaha dalam proses mendapatkan pencalonan ini. Tahniah diucapkan!!

Bacaan lengkap di sini:  

Selamat Hari Lahir!!!

Majlis Daerah Lenggong mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir Kepada Warga MDLg bagi BULAN JULAI 2012 seperti berikut:


BIL
NAMA KAKITANGAN
TARIKH LAHIR
1
MUHAMAD ZABIDI BIN AHMAT @ AHMAD YUSOFF
03/07/1981
2
MOHD HAFIZAL B YAAKOB
09/07/1981
3
A. RAGAVEN A/L  AVALEE
21/07/1964
4
MOHD DARUS BIN ZAINAL ABIDIN
25/07/1965

Semoga dipanjangkan usia dan murah rezeki serta dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi di MDLG.

Terima kasih.

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 05/2012

Perhimpunan bulanan Majlis Daerah Lenggong dan Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong Bilangan 05/2012 telah diadakan pada 27 Jun 2012 pada hari Rabu. Majlis ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Lenggong bermula jam 04:00 petang dan berakhir pada jam 05:00 petang. Turut hadir di dalam perhimpunan bulanan Majlis Daerah Lenggong bersama Pejabat Daerah & Tanah Lenggong ialah Encik Mohd Muhsin Hanis Bin Shaharuddin iaitu Penolong Pegawai Daerah Lenggong. Pada majlis ini, Setiausaha, Penolong Pegawai Daerah Lenggong dan Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah menyampaikan ucapan kepada semua kakitangan yang hadir di dalam majlis ini. Disamping itu juga Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Majlis Daerah Lenggong turut menyampaikan kutipan derma kepada staf yang menerima rawatan perubatan di hospital. Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong turut menyampaikan hadiah hari lahir kepada staf yang lahir pada bulan May. Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang.







Wednesday 27 June 2012

Notis Lelongan

Notis Lelongan Seekor Lembu Betina.
Harga bermula dengan RM 1,300.00

Tarikh: 28 Jun 2012 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi ~ 12:00 tengah hari
Tempat: Garaj Majlis Daerah Lenggong,
              Jalan Haji Mat Isa,
              33400 Lenggong.




KARNIVAL RAKIT BERHIAS EDISI III 2012

Tarikh: 30 Jun 2012
Masa: 09:00 pagi ~ 05:30 petang dan 08:00 malam ~ 11:30 malam
Tempat: Taman Tasek Takong, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan

Tentatif Program:
09:00 pagi ~ 05:30 ptg: Pameran, pemeriksaan kesihatan dan band
08:00 malam: Ketibaan tetamu
08:15 malam: Ketibaan tetamu jemputan
08:30 malam: Ucapan aluan daripada Yang DiPertua MDPH
08:45 malam: Ucapan majlis perasmian daripada tetamu kehormat
09:00 malam: Gimik pelepasan rakit berhias
09:05 malam: Pertunjukan rakit berhias
11:30 malam: Bersurai

Semua dijemput hadir.

Terima kasih.

Monday 25 June 2012

JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N22 DI MAJLIS DAERAH LENGGONG

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Pembantu Tadbir N17 yang bertugas di dalam negeri Perak Darul Ridzuan dari berkelaykan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-

 1. a) Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N22
     b) Kuasa Tempatan : Majlis Daerah Lenggong
     c) Kumpulan Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
     d) Klasifikasi Perkhidmatan : Sokongan
     e) Taraf Jawatan : Tetap
     f) Kekosongan : Satu (1)


2. Jadual Gaji Gred N22 
P1 : RM 2164.44 – RM 3321.99
P2 : RM 2325.10 – RM 3657.02

3. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Majlis Daerah Lenggong www.mdlg.gov.my di bahagian:
Laman Utama >> Info MDLG >> Peluang Pekerjaan.


Sekian, terima kasih.

Wednesday 30 May 2012

Pesta Sukan Air 2012



Pada 26 Mei 2012 yang lalu, bertempat di R&R Lama Tasik Raban telah diadakan Pesta Sukan Air dan Larian Jambatan Raja Nazrin sempena dengan Tahun Melawat Perak 2012. Program ini adalah anjuran Majlis Daerah Lenggong dengan kerjasama daripada pelbagai agensi di daerah Lenggong. Pesta Sukan Air dan Larian Jambatan Raja Nazrin ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hamidah Osman iaitu Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan & Hal Ehwal Wanita Negeri Perak. Di samping pertandingan Larian Jambatan Raja Nazrin, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan sepanjang program tersebut. Antaranya ialah senam seni, pertandingan mewarna KEMAS, pertandingan memancing, pertandingan pukul bantal, pertandingan panjat tiang licin, pertandingan menjala bawah halangan, pertandingan tarik tali dalam perahu, pertandingan kayak, pertandingan tangkap itik, pertandingan burung merbah, pertandingan masakan, pertandingan gubahan, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring dan pertandingan nasyid.  Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada pengunjung yang hadir.  

Pada sebelah malam  pula telah diadakan acara penutup, cabutan nombor bertuah dan persembahan artis tanahair seperti Shidee & pelawak Man Belon. Program ini diakhiri dengan  pertunjukan bunga api bagi memeriahkan lagi Pesta Sukan Air kali ini. Melalui program ini, ianya dapat mempromosikan daerah Lenggong sebagai salah satu lokasi pelancongan yang menarik untuk dilawati sempena Tahun Melawat Perak 2012. Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan progam ini adalah dihargai.