Thursday 29 August 2013

Notis Sebut Harga

Tajuk kerja: Menaiktaraf Dewan Merdeka dan Dewan Kota Tampan, MD Lenggong, Perak.
Taraf kontraktor: Gred G1
Lawatan tapak: 09 September 2013 (09:00 pagi)
Tarikh tutup: 17 September 2013 (sebelum jam 12:00 tengah hari)

Sekian, terima kasih.


Thursday 15 August 2013

Video Kesedaran Kitar Semula JPSPN

Pautan ke laman web Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bagi mempromosikan video kesedaran kitar semula:

http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/kpkt_microsite/kpkt_recycling_microsite_pg01.html

Terima kasih.

Wednesday 14 August 2013

Notis Sebut Harga MDLG

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) GRED G1 bertaraf Bumiputera dan yang berdaftar/dibenarkan membuat kerja-kerja sebut harga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga berikut:

No. Sebut harga: 15/2013
Tajuk Kerja: Menaik taraf dan penyelenggaraan di tapak pelupusan sisa pepejal, MD Lenggong, Perak
Kategori: CE
Pengkhususan: CE21
Harga Dokumen: RM 30.00

Lawatan tapak: 20 Ogos 2013
Masa: 09:00 pagi

Tarikh tutup: 23 Ogos 2013 (sebelum jam 12:00 tengah hari)

 

Sekian, terima kasih.

Tuesday 13 August 2013

Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013 Peringkat Negeri Perak

Hari Perancangan Bandar Sedunia merupakan hari yang istimewa untuk mengiktiraf dan menggalakkan peranan perancangan dalam mewujudkan komuniti bandar yang berdayahuni. Ia juga dapat memberikan satu peluang yang baik untuk melihat kembali perancangan bandar daripada perspektif global, aspirasi orang awam serta sektor kerajaan di dalam menarik perhatian mereka kepada kesan alam sekitar akibat daripada pembangunan bandar sedia ada.

Bersempena dengan sambutan tersebut, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, akan menganjurkan Pertandingan Mewarna, Melukis dan Fotografi sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013 peringkat Negeri Perak yang akan berlangsung mulai 15 Ogos sehingga 30 September 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://jpbd.perak.gov.my/jpbd/

Sekian, terima kasih.


Tuesday 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Semua kakitangan Majlis Daerah Lenggong (MDLG), Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013M kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Mohon kemaafan jika terdapat salah dah silap. Berhati-hati di jalan raya semasa musim perayaan ini.

Pejabat MDLG akan bercuti bermula pada 08 Ogos 2013 sehingga 11 Ogos 2013. MDLG akan beroperasi semula pada 12 Ogos 2013 (Isnin).


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN...


Sekian, terima kasih.
 
 

Thursday 1 August 2013

Selamat Hari Lahir!!!

Pihak Majlis Daerah Lenggong (MDLG) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir kepada kakitangan MDLG yang menyambutnya dalam bulan Ogos 2013 ini. Diharapkan anda sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi.

BIL
NAMA KAKITANGAN
TARIKH LAHIR
1
NORHAFIZAH BINTI AHMAD RIDZUAN
25/08/1988
2
ISMAIL BIN AHMAD
31/08/1961

Terima Kasih.

Majlis Iftar Anjuran Majlis Daerah Lenggong



Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan oleh kakitangan Majlis Daerah Lenggong (MDLG) pada 31 Julai 2013 (Rabu) bertempat di Dewan Merdeka, Lenggong bermula jam 06:30 petang sehingga jam 08:20 malam. Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan MDLG, ahli majlis, wakil daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan ketua-ketua kampung. Selain itu tetamu jemputan yang hadir ialah YB. Dato’ Saarani bin Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perak telah sudi hadir ke majlis berbuka puasa ini. Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah memberikan ucapan aluan dan diikuti oleh ucapan ringkas oleh YB Dato’ Saarani Bin Mohamad. Seterusnya, bacaan tahlil dan doa selamat telah diadakan dengan diketuai oleh Tuan Imam Masjid Jamek Lenggong. Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa untuk semua tetamu yang hadir.