Monday 19 December 2011

Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong

Satu Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah diadakan pada hari Jumaat bertarikh 16 Disember 2011 jam 10:00 pagi. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Lenggong. Berdasarkan Peraturan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil. 1628 pada 14 Julai 2010, Y.A.B Menteri Besar telah bersetuju melantik Encik Faizal Nizam Bin Md. Nor sebagai Yang Dipertua dan Ahli Majlis baru bagi Majlis Daerah Lenggong berkuat kuasa mulai 16 November 2011. Majlis ini dihadiri oleh Ahli Majlis Daerah Lenggong seramai 17 orang.



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010, Jamuan Perpisahan dan Pertukaran

Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010, Jamuan Perpisahan dan Pertukaran telah diadakan pada hari Selasa bertarikh 06 Disember 2011 pada jam 11:00 pagi. Majlis ini telah diadakan di Dewan Merdeka Lenggong, Lenggong. Ianya telah dihadiri seramai 80 orang kakitangan, 22 orang ahli majlis dan lapan orang yang diraikan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada para pekerja Majlis Daerah Lenggong yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2010 dan Anugerah Perkhidmatan Terpuji. Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2010, para pekerja yang menerima anugerah ini mendapat wang saguhati bernilai RM1000 dan sijil penghargaan. Seramai lima orang pekerja Majlis Daerah Lenggong telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010 iaitu:

a) Encik Meor Syahrizan Bin Meor Mohd Hariri
b) Puan Azibah Binti Abu Bakar
c) Encik Mohd Zaini Bin Daud
d) Encik Mohd Jamil Bin Othman
e) Encik Othman Bin Sarif







Di samping itu, seramai 24 orang pekerja telah menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji dan mereka menerima sijil penghargaan serta cenderahati. Di dalam majlis yang sama turut diadakan Majlis Penyerahan Tugas Yang DiPertua (YDP) di antara En. Tukiren dan En. Faizal Nizam. En. Tukiren Hj Siron telah bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Gerik dan diganti oleh En. Faizal Nizam Md Nor.

Thursday 10 November 2011

Ekspedisi Offroad Hulu Perak 2011

Satu Ekspedisi Offroad Hulu Perak 2011 akan diadakan pada 11, 12 dan 13 November 2011 bertempat di daerah Lenggong. Perasmian acara ini akan dijalankan pada 11 November 2011 di Dataran Lenggong, Lenggong pada jam 09:00 pagi. Ekspedisi ini adalah anjuran bersama Kelab Motor UMNO Lenggong, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan CHOR (Chenderoh Offroad 4X4 Club).

Pertandingan Tenpin Bowling 2011

Kelab Ahli Majlis, Majlis Daerah Gerik akan menganjurkan pertandingan ‘Tenpin Bowling 2011’ bagi merebut Piala Yang Dipertua, Majlis Daerah Gerik bagi tahun 2011. Pertandingan tersebut dijadualkan seperti berikut:-

            Tarikh  : 12 November 2011 (Sabtu)
            Masa   : 10:00 pagi sehingga 06:30 petang
            Lokasi  : Pengkalan Hulu Bowling Superbowl,
   Pengkalan Hulu, Perak

Pertandingan ini diadakan secara tertutup. Peserta bagi pertandingan ini terdiri daripada ahli majlis dan kakitangan Majlis Daerah Gerik, Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan Majlis Daerah Lenggong.

Monday 3 October 2011

Penarafan 5 Bintang Melalui Penilaian Laman Web Bagi tahun 2011

Majlis Daerah Lenggong sekali lagi mendapat penarafan 5 Bintang melalui penilaian Laman Web bagi tahun 2011  dan bagi mendapatkan senarai lengkap keputusan tersebut, boleh diakses melalui

http://www.mscmalaysia.my/topic/Government+Portals+and+Websites+Assessment+2011

Friday 23 September 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54

 21 September 2011 Majlis Daerah Lenggong telah menyertai Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54 yang diadakan di Daerah Pengkalan Hulu.Penyertaan seramai 20 orang kakitangan terdiri daripada pelbagai jawatan itu telah berjaya memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan. Majlis Daerah Lenggong telah menjadi JOHAN bagi kategori Sepanduk Tercantik dengan bertemakan "TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA". Hadiah telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Lenggong ,Dato Shamsul Anuar B Hj Nasarah.




Wednesday 7 September 2011

Taklimat Draf Asas Rujukan Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Arkeologi Lembah Lenggong



Taklimat Draf Asas Rujukan  Rancangan Kawasan Khas  Tapak Warisan Arkeologi Lembah Lenggong telah disampaikan oleh Tn Haji Anaspekri Bin Haji Mahiddin,Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan pada 25 Ogos 2011 kepada semua Ahli Majlis Daerah Lenggong  bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Rumah Rehat Lenggong

Friday 22 July 2011

NOTIS SEBUTHARGA




TAWARAN KHAS UNTUK BUMIPUTERA

1.    Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

KELAS F

Bertaraf Bumiputera dan yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja Sebutharga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga berikut:-
 
     BIL 1

     NO SEBUT HARGA  :14/2011 - Menaiktaraf Tandas Dan Gerai Di Dalam Kawasan MD. Lenggong, Perak

    KEPALA & sUB kEPALA    :Kepala II Sub-kepala 8(b)

    HARGA DOKUMEN        :RM 20.00


    BIL 2

     NO SEBUT HARGA :15/2011 - Mengubah Bangunan Sediada Di Chalet Tasik Raban Menjadi Chalet     Executive, MD Lenggong, Perak

    kEPALA & sUB kEPALA    :Kepala II Sub-kepala 8(b)

    HARGA DOKUMEN        :RM 30.00


 2.    Borang Sebutharga akan dikeluarkan kepada kontraktor / wakil yang sah sahaja. Kontraktor hendaklah membawa Sijil Asal Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Borang tersebut boleh dibeli kaunter hasil di pejabat ini semasa waktu pejabat.

3.    Lawatan ke tapak kerja adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada   2 Ogos 2011. Pemborong yang berminat dikehendaki berkumpul di Pejabat Majlis Daerah Lenggong pada jam 9.30 pg.

4.    Borang Sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat ini tidak lewat jam 12.00 tengahari pada  9 Ogos 2011.

5.    Pejabat ini tidak terikat menerima mana-mana tawaran yang terendah sekali.

6.    Pelawaan sebutharga ini tertakluk kepada peringatan mengenai kesalahan rasuah dalam dokumen perolehan kerajaan . 


(NOOR EKHSAN BIN BAHARUDDIN)
Setiausaha
b.p Yang Dipertua
Majlis Daerah Lenggong
Perak Darul Ridzuan.
Bertarikh:   22 Julai 2011

Tuesday 19 July 2011

PERHIMPUNAN BULANAN 1/2011

15 .7. 2011 Perhimpunan Bulanan Bil 1/2011 telah diadakan di Dewan Merdeka Lenggong. Majlis ini merupakan majlis penyerahan tugas Mantan Setiausaha MDLg, En Nor Akmal B Yang Ghazali  kepada Setiauasaha MDLg yang baru iaitu En Noor Ekhsan B Baharuddin. Turut hadir Tuan Yang Dipertua Majlis,En Tukiren B Hj  Siron




Friday 8 July 2011

Kupon 5 %

Majlis Daerah Lenggong sekali lagi meneruskan pemberian kupon 5% kepada masyarakat yang ingin menginap di Rumah Rehat Lenggong atau Resort Tasik Raban  tertakluk terma dan syarat.

Wednesday 6 July 2011

Cross auditing dari Majlis Daerah Pengkalan Hulu bersama PSUK(KT)


  Satu lawataan cross -auditing amalan 5 S Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak telah di adakan pada 6 Julai 2011 bertempat di Majlis Daerah Lenggong . Juruaudit yang terlibat adalah pegawai dari PSUK(KT) dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Pihak Majlis telah mengambil maklum dan akur dengan teguran dan cadangan yang membina dari juruaudit dan akan memperbaiki  setiap kelemahan.

Selamat Datang

 Selamat Datang .Warga Majlis Daerah Lenggong mengalu -alukan kehadiran Tuan Setiausaha Majlis Daerah  Lenggong yang baru Encik Noor Ekhsan Bin Baharudin yang telah melaporkan diri  di Pejabat Majlis Daerah Lenggong  pada 1 Julai 2011. 

Tuesday 5 July 2011

Program Gotong Royong di Kampung Lenggong



Program Gotong royong telah diadakan pada 3Julai 2011 di kampung Lenggong dengan kerjasama JKK Kampung Lenggong bersama Majlis Daerah Lenggong. Program ini merupakan salah satu aktiviti LA 21 Majlis Daerah Lenggong. Penyertaan masyarakat  setempat yang amat menggalakan menjadikan program ini lebih meriah. Turut hadir sama ialah  mantan Setiausaha Majlis Daerah Lenggong ,En Nor Akmal B Yang Ghazali yang kini bertukar ke Majlis Daerah Kampar. Dalam Majlis ini  En Noor Ekhsan B Baharuddin telah diperkenalkan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Lenggong yang baru . 

Monday 4 July 2011

PERTUKARAN EMEL SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH LENGGONG


PERTUKARAN EMEL SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH LENGGONG  

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas:-

2.         Bersama-sama ini disertakan  maklumat emel baru bagi  Setiausaha Majlis Daerah Lenggong   adalah seperti berikut
       Nama             : Noor Ekhsan B Baharuddin 
      Jawatan         : Setiausaha Majlis Daerah Lenggong 
      Emel               : noorekhsan@mdlg.gov.my


3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama pihak tuan untuk mengemaskini data  tuan bagi mengelakan sebarang masalah yang timbul.

Sekian, terima kasih.

Friday 1 July 2011

PENGUMUMAN BAZAAR RAMADHAN 2011/1432H

Permohonan adalah dipelawa kepada orang ramai untuk menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan di dalam kawasan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Lenggong di tapak berikut :-

DATARAN LENGGONG (MEDAN SELERA KG. MASJID LAMA)

2.       Permohonan perlu dibuat di dalam borang yang disediakan dengan harga RM 10.00 (bayaran borang dan proses) dan boleh didapati di kaunter pejabat ini pada waktu pejabat. Kadar bayaran bagi setiap petak adalah seperti berikut :-

   1 PETAK BERKANOPI ( 10’ X 10’ ) :    RM 150. 00

 
3.       Peniaga dibenarkan mencadangkan kedudukan petak masing-masing berdasarkan kekosongan (first come, first serve). Walaubagaimanapun, Majlis Daerah Lenggong berhak meminda dan mengubah kedudukan peniaga ke petak yang lebih sesuai jika dirasakan perlu.     

4.       Bekalan elektrik akan disediakan dengan kadar seperti berikut : -

1  PLUG  POINT  :  RM  50.00

5.       Semua permohonan yang lengkap hendaklah sampai ke pejabat ini beserta bayaran yang tepat seperti yang dinyatakan di atas sebelum atau selewat-lewatnya pada 20 JULAI 2011 (RABU)

6.       Taklimat dan pengesahan kedudukan tapak peniaga akan diadakan pada 28 JULAI 2011 (KHAMIS) bertempat di Rumah Rehat Lenggong jam 10.00 pagi. 

7.       Semua pengendali makanan dan minuman adalah DIWAJIBKAN menyertakan salinan sijil suntikan Typhim dan sijil Kursus Pengendalian Makanan. Permohonan tanpa dokumen ini tidak akan akan diproses.


Sekian, terima kasih


Saya yang menurut perintah,



URUSETIA
B.P Yang Dipertua,
Majlis Daerah Lenggong,
Perak Darul Ridzuan.

Pertukaran Setiausaha Majlis Daerah Lenggong

Tuan Setiausaha En. Nor Akmal B Yang Ghazali ,Setiausaha Majlis Daerah Lenggong akan bertukar ke Majlis Daerah Kampar mulai  1 Julai 2011..Jasamu membangunkan Daerah Lenggong akan dikenang selamanya .Salam perpisahan dari seluruh warga Majlis Daerah Lenggong.

Wednesday 29 June 2011

Karnival Lembah Lenggong Ke Arah Warisan Dunia(Unesco)

 
Karnival Lembah Lenggong Ke Arah Warisan Dunia(Unesco) telah diadakan di Dataran Lenggong pada 26 Mei 2011 hingga 29 Mei 2011.Acara ini telah  disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perak Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah .Karnival ini dijalankan sebagai mempromosi Daerah Lenggong ke arah pencalonan Tapak Warisan Sejarah Dunia.

Peringatan

Pemberitahuan Operasi Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran,Sewa Premis & lesen Perniagaan akan diadakan pada bila - bila masa
Sila jalankan tanggungjawab anda.Kerjasama anda amat dihargai
 
Maksud logo Majlis Daerah Lenggong.

Warna
Ada 3 warna yang digunakan iaitu:-

a) Putih :Bekerja dengan jujur dan mendukung konsep "Bersih, Cekap, dan Amanah"
b) Kuning:Kesetiaan kepada Raja dan Negara
c) Hijau :Melambangkan kawasan pertanian yang subur dan dihiasi dengan daun teh yang merupakan projek   kebanggaan di daerah ini satu ketika dahulu

Lambang

a) Bulan dan Bintang
 Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.

b) Lapan penjuru bintang
 Lapan cawangan Majlis Daerah iaitu Kuak, Raban, Gelok,Selat Pagar, Ayer Kala, Padang Grus, Kota Tampan, dan Lenggong yang bercantum di bawah Majlis Daerah Lenggong.

c) Bulan 
    Melambangkan penyatuan dalam mewujudkan Majlis Daerah L enggong yang dapat menyinari kesemua Majlis Daerah.

d) Perkataan `Bersatu Teguh'   
  Melambangkan dengan penyatuan lapan cawangan ini, Majlis Daerah Lenggong akan bertambah kuat, dan cekap dalam menjalankan pentadbiran harian bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat secara lebih maksima.

MDLg Ditubuhkan Pada...

Majlis Daerah Lenggong ditubuhkan pada 1 Disember 1979. Keluasan kawasan pentadbiran berjumlah 9,590 hektar dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 17,000 orang. Pekan Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu disebelah selatan 62 km. dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57 km. dari Gerik iaitu Pusat Pentadbir bagi Daerah Hulu Perak. Majlis Daerah Lenggong merangkumi 10 kawasan iaitu: Ayer Kala, Selat Pagar, Padang Grus, Rancangan Perumahan Awam Gua Badak, Rancangan Perumahan Awam Gelok, Pekan Lenggong, Kg. Kota Tampan, Taman Kota Tampan, Pekan Raban dan Pekan Kuak. Keluasan kawasan adalah seluas 60. 8km persegi. Dengan luas kawasan operasi ialah 3km persegi dan luas kawasan kawalan ialah 57. 8km persegi.

Asal Usul Lenggong

Menurut cerita-cerita mulut, kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang hendak menebang sepokok kayu yang besar.  Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir, jadi susahlah hendak menebangnya.  Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar (iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok).

       Dengan bersusah payah ia menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu. Tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepokok kayu yang lain yang terkecil sedikit daripadanya.  Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya.  Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya.  Akhirnya tempat itu dinamakan "Langgong".  Lama kelamaan nama "Langgong" itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi "Lenggong", kekal nama itu hingga sekarang ini.

        Ada pula yang menceritakan, orang yang mula-mula meneroka hutan rimba dan mendiami di daerah Lenggong ini ialah seorang Semang juga yang bernama "Lenggong", jadi nama Lenggong yang ada pada hari ini ialah mengikut nama orang Semang yang tersebut itu.

        Suatu cerita lagi, konon asalnya terbit nama Lenggong ialah kerana keadaan tempatnya seolah-olah terdinding atau terlengkong oleh bukit-bukit dan banjaran gunung.  Jadi tempat tersebut dikenal dengan nama "Lengkong".  Akhirnya berubah pula sebutan "Lengkong" itu menjadi "Lenggong".