Thursday 12 January 2012

TAWARAN MEMAJAK RESTORAN RUMAH REHAT MAJLIS DAERAH LENGGONG

Tawaran adalah dipelawa untuk memajak Restoran Rumah Rehat, Majlis Daerah Lenggong  kepada orang ramai yang  berminat untuk menjalankan perniagaan bermasak.

1.    Tawaran adalah dipelawa untuk pajakan Restoran Rumah Rehat Lenggong bagi tempoh selama dua (2) tahun.

2.    Tiap-tiap tawaran mestilah disertakan Wang Pertaruhan sebanyak RM 150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/wang pos atas nama Majlis Daerah Lenggong. Jika tidak, tawaran itu tidak akan diberi pertimbangan. Wang Pertaruhan akan hilang atau luput sekiranya penawar yang berjaya, enggan atau engkar menerima pajakan itu. Wang pertaruhan bagi penawar yang tidak berjaya akan dikembalikan selepas 3(tiga) bulan keputusan/tawaran pajakan dikeluarkan.

3.    Sesiapa yang berminat boleh mengemukakan tawaran melalui Borang Sebut Harga dan dimasukkan ke dalam sampul surat bermetri dan dialamatkan kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Lenggong, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong. Di atas sampul surat itu hendaklah ditulis perkataan “TAWARAN UNTUK PAJAKAN RESTORAN RUMAH REHAT, MAJLIS DAERAH LENGGONG”. Borang tersebut boleh dibeli di pejabat ini dengan harga RM 10. 00 sahaja. Tawaran–tawaran mestilah dihantar ke Pejabat Majlis Daerah Lenggong selewat-lewatnya jam 12:00 tengah hari pada 20HB. JANUARI 2012.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang di bawah:
www.mdlg.gov.my