Friday 21 March 2014

Sebut Harga Gred G2

Notis Sebutharga
------------------

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, CIDB GRED G1 bertaraf Bumiputera serta dibenarkan membuat kerja-kerja sebut harga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga berikut:

1. No. S/Harga: 9/2014
Tajuk Kerja: Menaiktaraf kemudahan padang, gelanggang tenis dah futsal di Padang Lenggong, MD Lenggong

2. No. S/Harga: 10/2014
Tajuk Kerja: Menaiktaraf kemudahan jeti, pencahayaan, tempat letak kenderaan di R&R Tasek Raban Lama, MD Lenggong.

Lawatan tapak: 07 April 2014
Tarikh tutup: 14 April 2014 sebelum jam 12:00 tengah hari

Sekian, terima kasih.


Sebut Harga Gred G1

Notis Sebutharga
------------------

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, CIDB GRED G1 bertaraf Bumiputera serta dibenarkan membuat kerja-kerja sebut harga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga berikut:

1. No. S/Harga: 8/2014
Tajuk Kerja: Menaiktaraf gerai di Medan Selera Dataran Lenggong, MD Lenggong

2. No. S/Harga: 11/2014
Tajuk Kerja: Menaiktaraf jalan dan longkang di Kg. Kelantan dan Kg. Kuak, MD Lenggong.

Lawatan tapak: 07 April 2014
Tarikh tutup: 14 April 2014 sebelum jam 12:00 tengah hari

Sekian, terima kasih.



Monday 10 March 2014

Produk Inovasi Majlis Daerah Lenggong

Majlis Daerah Lenggong telah mencipta dua produk inovasi. Ianya dihasilkan oleh kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kesihatan dan Pelesenan, MDLG. Dua produk tersebut ialah:

a) Adjustable K-Kon
Tujuan: Memudahkan kerja mengawasi kawasan 'hotspot', ianya boleh digunakan berulang kali berbanding dengan 'yellow hazard tape', lebih tahan lasak dalam pelbagai situasi. Selain itu, ianya boleh memantulkan cahaya jika digunakan pada waktu malam.




b) Multipurpose Through-Ley
Tujuan: Memudahkan kerja-kerja mengangkut sampah hampir dalam pelbagai keadaan bentuk muka bumi. Ianya juga menjimatkan masa dan boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang. Ianya diperbuat daripada besi supaya lebih tahan lama. Ia juga dibuat dalam size 2'x2' dan mempunyai bekas untuk menakung air 'Leachate' supaya ianya tidak meleleh di kawasan lain. Troli ini juga boleh digunakan dalam saiz 2'x2' atau 4'x4'. Ianya boleh digabungkan untuk mengangkut muatan yang lebih besar dan berat.





Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Majlis Daerah Lenggong di talian 05-7677207 / 307.

Terima kasih.

Thursday 6 March 2014

Semakan Bil Cukai Taksiran, Sewaan dan Lesen

Tahukan anda bahawa anda boleh menyemak sendiri bil-bil berikut dengan menggunakan laman web ramsi Majlis Daerah Lenggong (MDLG):
a) Bil Cukai Taksiran
b) Bil Sewaan
c) Bil Lesen

Anda hanya perlu melayari laman web rasmi MDLG di alamat www.mdlg.gov.my dan pilih pada pautan "e-Perkhidmatan".

Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk menggunakan perkhidmatan ini di dalam laman web MDLG. Ianya adalah percuma dan ia memudahkan anda menyemak penyata bil-bil anda. Penyata bil-bil ini adalah dikemaskini secara harian oleh sistem.

Terima kasih.

Monday 3 March 2014

Selamat Hari Lahir!!!

Pihak Majlis Daerah Lenggong (MDLG) mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada kakitangan MDLG yang menyambutnya dalam bulan Mac 2014. Semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang pada masa akan datang:

Terima kasih.


No.
NAMA KAKITANGAN
TARIKH LAHIR
1
ABU BAKAR BIN ISMAIL
02/03/1963
2
NAHEMAH BINTI ZAHARI
03/03/1965
3
NOR HAFIZAH BINTI ABDUL AZIZ
07/03/1983
4
SHAZALI BIN ADNAN
09/03/1973
5
S. SIVA A/L SELAMPERAM
12/03/1966
6
MOHD KHAIROOL ANUAR BIN MOHAMED ZAHID
22/03/1985

Tawaran Sebutharga Bil. 07/2014

No. Sebutharga: 07/2014
Tajuk Kerja: Membina Stor Peralatan Di Garaj Perkhidmatan Bandar di Kg. Sira, Lenggong.
Lawatan Tapak: 06 Mac 2014 jam 09:00 pagi
Tarikh Tutup: 13 Mac 2014 sebelum jam 12:00 tengah hari.





Sekian, terima kasih.