Friday 22 July 2011

NOTIS SEBUTHARGA




TAWARAN KHAS UNTUK BUMIPUTERA

1.    Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

KELAS F

Bertaraf Bumiputera dan yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja Sebutharga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga berikut:-
 
     BIL 1

     NO SEBUT HARGA  :14/2011 - Menaiktaraf Tandas Dan Gerai Di Dalam Kawasan MD. Lenggong, Perak

    KEPALA & sUB kEPALA    :Kepala II Sub-kepala 8(b)

    HARGA DOKUMEN        :RM 20.00


    BIL 2

     NO SEBUT HARGA :15/2011 - Mengubah Bangunan Sediada Di Chalet Tasik Raban Menjadi Chalet     Executive, MD Lenggong, Perak

    kEPALA & sUB kEPALA    :Kepala II Sub-kepala 8(b)

    HARGA DOKUMEN        :RM 30.00


 2.    Borang Sebutharga akan dikeluarkan kepada kontraktor / wakil yang sah sahaja. Kontraktor hendaklah membawa Sijil Asal Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Borang tersebut boleh dibeli kaunter hasil di pejabat ini semasa waktu pejabat.

3.    Lawatan ke tapak kerja adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada   2 Ogos 2011. Pemborong yang berminat dikehendaki berkumpul di Pejabat Majlis Daerah Lenggong pada jam 9.30 pg.

4.    Borang Sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat ini tidak lewat jam 12.00 tengahari pada  9 Ogos 2011.

5.    Pejabat ini tidak terikat menerima mana-mana tawaran yang terendah sekali.

6.    Pelawaan sebutharga ini tertakluk kepada peringatan mengenai kesalahan rasuah dalam dokumen perolehan kerajaan . 


(NOOR EKHSAN BIN BAHARUDDIN)
Setiausaha
b.p Yang Dipertua
Majlis Daerah Lenggong
Perak Darul Ridzuan.
Bertarikh:   22 Julai 2011

Tuesday 19 July 2011

PERHIMPUNAN BULANAN 1/2011

15 .7. 2011 Perhimpunan Bulanan Bil 1/2011 telah diadakan di Dewan Merdeka Lenggong. Majlis ini merupakan majlis penyerahan tugas Mantan Setiausaha MDLg, En Nor Akmal B Yang Ghazali  kepada Setiauasaha MDLg yang baru iaitu En Noor Ekhsan B Baharuddin. Turut hadir Tuan Yang Dipertua Majlis,En Tukiren B Hj  Siron




Friday 8 July 2011

Kupon 5 %

Majlis Daerah Lenggong sekali lagi meneruskan pemberian kupon 5% kepada masyarakat yang ingin menginap di Rumah Rehat Lenggong atau Resort Tasik Raban  tertakluk terma dan syarat.

Wednesday 6 July 2011

Cross auditing dari Majlis Daerah Pengkalan Hulu bersama PSUK(KT)


  Satu lawataan cross -auditing amalan 5 S Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak telah di adakan pada 6 Julai 2011 bertempat di Majlis Daerah Lenggong . Juruaudit yang terlibat adalah pegawai dari PSUK(KT) dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Pihak Majlis telah mengambil maklum dan akur dengan teguran dan cadangan yang membina dari juruaudit dan akan memperbaiki  setiap kelemahan.

Selamat Datang

 Selamat Datang .Warga Majlis Daerah Lenggong mengalu -alukan kehadiran Tuan Setiausaha Majlis Daerah  Lenggong yang baru Encik Noor Ekhsan Bin Baharudin yang telah melaporkan diri  di Pejabat Majlis Daerah Lenggong  pada 1 Julai 2011. 

Tuesday 5 July 2011

Program Gotong Royong di Kampung Lenggong



Program Gotong royong telah diadakan pada 3Julai 2011 di kampung Lenggong dengan kerjasama JKK Kampung Lenggong bersama Majlis Daerah Lenggong. Program ini merupakan salah satu aktiviti LA 21 Majlis Daerah Lenggong. Penyertaan masyarakat  setempat yang amat menggalakan menjadikan program ini lebih meriah. Turut hadir sama ialah  mantan Setiausaha Majlis Daerah Lenggong ,En Nor Akmal B Yang Ghazali yang kini bertukar ke Majlis Daerah Kampar. Dalam Majlis ini  En Noor Ekhsan B Baharuddin telah diperkenalkan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Lenggong yang baru . 

Monday 4 July 2011

PERTUKARAN EMEL SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH LENGGONG


PERTUKARAN EMEL SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH LENGGONG  

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas:-

2.         Bersama-sama ini disertakan  maklumat emel baru bagi  Setiausaha Majlis Daerah Lenggong   adalah seperti berikut
       Nama             : Noor Ekhsan B Baharuddin 
      Jawatan         : Setiausaha Majlis Daerah Lenggong 
      Emel               : noorekhsan@mdlg.gov.my


3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama pihak tuan untuk mengemaskini data  tuan bagi mengelakan sebarang masalah yang timbul.

Sekian, terima kasih.

Friday 1 July 2011

PENGUMUMAN BAZAAR RAMADHAN 2011/1432H

Permohonan adalah dipelawa kepada orang ramai untuk menjalankan perniagaan di bulan Ramadhan di dalam kawasan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Lenggong di tapak berikut :-

DATARAN LENGGONG (MEDAN SELERA KG. MASJID LAMA)

2.       Permohonan perlu dibuat di dalam borang yang disediakan dengan harga RM 10.00 (bayaran borang dan proses) dan boleh didapati di kaunter pejabat ini pada waktu pejabat. Kadar bayaran bagi setiap petak adalah seperti berikut :-

   1 PETAK BERKANOPI ( 10’ X 10’ ) :    RM 150. 00

 
3.       Peniaga dibenarkan mencadangkan kedudukan petak masing-masing berdasarkan kekosongan (first come, first serve). Walaubagaimanapun, Majlis Daerah Lenggong berhak meminda dan mengubah kedudukan peniaga ke petak yang lebih sesuai jika dirasakan perlu.     

4.       Bekalan elektrik akan disediakan dengan kadar seperti berikut : -

1  PLUG  POINT  :  RM  50.00

5.       Semua permohonan yang lengkap hendaklah sampai ke pejabat ini beserta bayaran yang tepat seperti yang dinyatakan di atas sebelum atau selewat-lewatnya pada 20 JULAI 2011 (RABU)

6.       Taklimat dan pengesahan kedudukan tapak peniaga akan diadakan pada 28 JULAI 2011 (KHAMIS) bertempat di Rumah Rehat Lenggong jam 10.00 pagi. 

7.       Semua pengendali makanan dan minuman adalah DIWAJIBKAN menyertakan salinan sijil suntikan Typhim dan sijil Kursus Pengendalian Makanan. Permohonan tanpa dokumen ini tidak akan akan diproses.


Sekian, terima kasih


Saya yang menurut perintah,



URUSETIA
B.P Yang Dipertua,
Majlis Daerah Lenggong,
Perak Darul Ridzuan.

Pertukaran Setiausaha Majlis Daerah Lenggong

Tuan Setiausaha En. Nor Akmal B Yang Ghazali ,Setiausaha Majlis Daerah Lenggong akan bertukar ke Majlis Daerah Kampar mulai  1 Julai 2011..Jasamu membangunkan Daerah Lenggong akan dikenang selamanya .Salam perpisahan dari seluruh warga Majlis Daerah Lenggong.