Wednesday 30 May 2012

Pesta Sukan Air 2012



Pada 26 Mei 2012 yang lalu, bertempat di R&R Lama Tasik Raban telah diadakan Pesta Sukan Air dan Larian Jambatan Raja Nazrin sempena dengan Tahun Melawat Perak 2012. Program ini adalah anjuran Majlis Daerah Lenggong dengan kerjasama daripada pelbagai agensi di daerah Lenggong. Pesta Sukan Air dan Larian Jambatan Raja Nazrin ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hamidah Osman iaitu Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan & Hal Ehwal Wanita Negeri Perak. Di samping pertandingan Larian Jambatan Raja Nazrin, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan sepanjang program tersebut. Antaranya ialah senam seni, pertandingan mewarna KEMAS, pertandingan memancing, pertandingan pukul bantal, pertandingan panjat tiang licin, pertandingan menjala bawah halangan, pertandingan tarik tali dalam perahu, pertandingan kayak, pertandingan tangkap itik, pertandingan burung merbah, pertandingan masakan, pertandingan gubahan, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring dan pertandingan nasyid.  Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada pengunjung yang hadir.  

Pada sebelah malam  pula telah diadakan acara penutup, cabutan nombor bertuah dan persembahan artis tanahair seperti Shidee & pelawak Man Belon. Program ini diakhiri dengan  pertunjukan bunga api bagi memeriahkan lagi Pesta Sukan Air kali ini. Melalui program ini, ianya dapat mempromosikan daerah Lenggong sebagai salah satu lokasi pelancongan yang menarik untuk dilawati sempena Tahun Melawat Perak 2012. Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan progam ini adalah dihargai.






























Wednesday 23 May 2012

PESTA SUKAN AIR & LARIAN JAMBATAN RAJA NAZRIN 2012



Anda semua dijemput untuk memeriahkan acara ini yang akan dilangsungkan seperti berikut sempena tahun melawat Perak 2012:-

Tarikh: 26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa: 07:00 pagi ~ 11:00 malam
Tempat: R&R Lama Tasik Raban

Acara-acara yang disediakan:
________________________
* Senam seni
* Larian Jambatan Raja Nazrin
* Pertandingan mewarna KEMAS
* Pertandingan memancing
* Pertandingan pukul bantal
* Pertandingan panjat tiang licin
* Pertandingan menjala bawah halangan
* Pertandingan tarik tali dalam perahu
* Pertandingan kayak (perseorangan & berpasangan)
* Pertandingan tangkap itik
* Pertandingan masakan
* Pertandingan gubahan
* Pertandingan futsal
* Pertandingan bola jaring
* Pertandingan nasyid

# Pelbagai gerai jualan & pameran disediakan untuk para pengunjung.

Selain itu terdapat juga persembahan artis tanahair (Shidee & pelawak Man Belon) dan pertunjukan bunga api.

Terima kasih.

Monday 21 May 2012

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MDLg BIL. 04/2012



Perhimpunan bulanan Majlis Daerah Lenggong Bil. 04/2012 telah diadakan pada 18 Mei 2012 pada hari Jumaat. Majlis ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Lenggong bermula jam 03:00 petang dan berakhir pada jam 04:30 petang. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam. Seterusnya diiringi dengan bacaan ikrar. Pada majlis ini, Setiausaha & Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah menyampaikan ucapan kepada semua kakitangan yang hadir ke majlis ini.  


  

Turut diadakan ialah penyampaian sijil kepada peserta Latihan Menembak yang telah diadakan baru-baru ini.



Untuk makluman semua, pelajar praktikal Nor Syazwani dari Politeknik Seberang Perai telah tamat praktikal pada 19 Mei 2012.  Diharap beliau  telah menimba pelbagai ilmu dan maklumat di Majlis Daerah untuk di bawa ke dalam alam pekerjaan suatu hari nanti. TAHNIAH diucapkan kerana berjaya menamatkan praktikal dengan cemerlang.










Thursday 17 May 2012

Pamphlet Rumah Rehat Lenggong & Resort Tasik Raban





IKLAN SEWAAN GERAI MEDAN SELERA DATARAN LENGGONG




               Permohonan adalah dipelawa untuk menyewa gerai Majlis daerah lenggong, seperti berikut :-
 
(2 unit)
No.3, Gerai Medan Selera Dataran Lenggong
No.9, Gerai Medan Selera Dataran Lenggong

Permohonan perlu dibuat di dalam borang yang disediakan berharga RM 1. 00 sahaja dan bayaran proses sebanyak rm 10.00. Borang boleh didapati di kaunter Pejabat Majlis Daerah Lenggong pada waktu pejabat, bermula jam  08:00 pagi hingga 04:45 petang (Isnin hingga Jumaat).

Semua permohonan yang telah lengkap diisi berserta kertas kerja untuk menjalankan perniagaan hendaklah dihantar ke unit pelesenan & penguatkuasaan, Majlis Daerah Lenggong pada atau sebelum 1 Jun, 2012.
Sekian Terima Kasih.
Saya yang menurut perintah,

t.t
(SETIAUSAHA)
b.p YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH LENGGONG
PERAK DARUL RIDZUAN.
01 Mei 2012

Wednesday 9 May 2012

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA WARGA MDLG

Majlis Daerah Lenggong mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir Kepada Warga MDLg bagi BULAN MEI 2012 seperti berikut:

BIL
NAMA KAKITANGAN
TARIKH LAHIR
1
MOHD YUSOF BIN AHMAD FUAT
01/05/1963
2
KHAIRUL AMALI BIN PAKI
01/05/1967
3
ABDUL GHANI BIN MAT ZIN
11/05/1964
4
MOHD KHALUDIN BIN BASHIR                  
18/05/1956
5
RUSNIDA BINTI MAT SALLEH
19/05/1982
6
KHAIRUL SUHAIZI BIN INUDDIN
21/05/1981
7
MUH TAIB BIN JUSOH
23/05/1959
8
NOR HISHAM BIN ISA
24/05/1975