Thursday 26 July 2012

BAZAAR RAMADHAN MAJLIS DAERAH LENGGONG

Bazaar Ramadhan 1433H telah dibuka di Dataran Lenggong sepanjang bulan Ramadhan ini. Ianya mula beroperasi mulai jam 03:00 petang setiap hari. Pihak Majlis Daerah Lenggong pada tahun ini telah menyediakan sebanyak 84 tapak kepada peniaga bazaar Ramadhan dan terdapat 4 tapak peniaga bazaar Aidilfitri di Dataran Lenggong ini. Pelbagai jenis juadah berbuka puasa boleh anda peroleh di bazaar Ramadhan ini.

Datanglah beramai-ramai ke bazaar Ramadhan ini!!!

Iklan Sebutharga Majlis Daerah Lenggong

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelas F bertaraf bumiputera dan yang masih dibernarkan membuat kerja-kerja Sebutharga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga berikut:-

1. Membina jalan di Kg. Sira, MD Lenggong (No. Sebutharga: 13/2012)
2. Menaiktaraf gerai-gerai dalam kawasan MD Lenggong (No. Sebutharga: 14/2012)
3. Menaiktaraf jalan dan kerja-kerja berkaitan di tapak pelupusan sisa pepejal MD Lenggong (No. Sebutharga: 15/2012)

Lawatan tapak: 07 Ogos 2012 jam 09:30 pagi
Tarikh tutup: 14 ogos 2012 sebelum atau pada jam 12:00 tengah hari

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Daerah Lenggong.

Sekian, Terima kasih.



KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH LENGGONG

Untuk maklumat lanjut berkenaan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Sebutharga Majlis Daerah Lenggong, sila layari portal rasmi Majlis Daerah Lenggong.

http://www.mdlg.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=13540&folderId=13006&name=DLFE-6601.pdf


Terima Kasih.

Tuesday 24 July 2012

Waktu Operasi Kaunter Hasil Majlis Daerah Lenggong di bulan Ramadhan 1433H

PENGUMUMAN!!!
==============

Sempena bulan Ramadhan ini, waktu kutipan kaunter hasil Majlis Daerah Lenggong adalah seperti berikut:-

Isnin - Khamis : 08:00 pagi ~ 04:15 petang
Jumaat : 08:00 pagi ~ 12:15 tgh hari & 02:30 ptg. ~ 04:15 ptg.

Kami mengucapkan selamat menjalani ibdah puasa di bulan Ramadhan ini.


Sekian, Terima Kasih.

Wednesday 4 July 2012

Permohonan Sewa Gerai MDLG

Permohonan adalah dipelawa untuk menyewa gerai Majlis Daerah Lenggong seperti berikut:-

Satu (1) unit gerai No. 11, Gerai Tasik Raban, Lenggong.

Tarikh tutup permohonan: 20 Julai 2012
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Daerah Lenggong.

Terima kasih.

Tuesday 3 July 2012

LEMBAH LENGGONG TAPAK WARISAN DUNIA - UNESCO

Alhamdulillah, akhirnya Lenggong berjaya diangkat sebagai salah satu tapak warisan dunia. Pada tahun ini sebanyak 8 negara telah terpilih dan Malaysia (Lenggong) merupakan salah satu negara yang bertuah selain daripada negara Iran, Kanada, Portugal, Sepanyol, Perancis, Slovenia dan German. Semoga dengan pencalonan ini Lenggong akan mula dikenali di mata dunia dan penduduk Lenggong mendapat faedah dari kebanjiran pelancong yang akan melawat Lenggong selepas ini.

Tahniah kepada Jabatan Warisan Negara, pasukan PPAG USM, warga Majlis Daerah Lenggong,Jabatan Kerajaan, penduduk daerah Lenggong dan semua pihak yang telah berusaha dalam proses mendapatkan pencalonan ini. Tahniah diucapkan!!

Bacaan lengkap di sini:  

Selamat Hari Lahir!!!

Majlis Daerah Lenggong mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir Kepada Warga MDLg bagi BULAN JULAI 2012 seperti berikut:


BIL
NAMA KAKITANGAN
TARIKH LAHIR
1
MUHAMAD ZABIDI BIN AHMAT @ AHMAD YUSOFF
03/07/1981
2
MOHD HAFIZAL B YAAKOB
09/07/1981
3
A. RAGAVEN A/L  AVALEE
21/07/1964
4
MOHD DARUS BIN ZAINAL ABIDIN
25/07/1965

Semoga dipanjangkan usia dan murah rezeki serta dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi di MDLG.

Terima kasih.

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 05/2012

Perhimpunan bulanan Majlis Daerah Lenggong dan Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong Bilangan 05/2012 telah diadakan pada 27 Jun 2012 pada hari Rabu. Majlis ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Lenggong bermula jam 04:00 petang dan berakhir pada jam 05:00 petang. Turut hadir di dalam perhimpunan bulanan Majlis Daerah Lenggong bersama Pejabat Daerah & Tanah Lenggong ialah Encik Mohd Muhsin Hanis Bin Shaharuddin iaitu Penolong Pegawai Daerah Lenggong. Pada majlis ini, Setiausaha, Penolong Pegawai Daerah Lenggong dan Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah menyampaikan ucapan kepada semua kakitangan yang hadir di dalam majlis ini. Disamping itu juga Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Majlis Daerah Lenggong turut menyampaikan kutipan derma kepada staf yang menerima rawatan perubatan di hospital. Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong turut menyampaikan hadiah hari lahir kepada staf yang lahir pada bulan May. Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang.