Tuesday 17 December 2013

Selamat Hari Lahir!!!

Pihak Majlis Daerah Lenggong (MDLG) mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada kakitangan MDLG yang menyambutnya dalam bulan Disember 2013 ini. Semoga anda semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang di MDLG:

1. MOHD SHARIF B JAMIL (02/Dis)
2. RUHAYAH BINTI ISANOOR   (06/Dis)
3. ZAINATUL NADZIRAH BINTI MUHAMMAD FAIZUL SHUKRI (08/Dis)
4. FAIZAL NIZAM BIN MD NOR (10/Dis)
5. MUNALIZA BINTI MANSOR (10/Dis)
6. MUNIRAH BINTI AHMAD (10/Dis)
7. AFDZAL BIN MAT (28/Dis)


Terima kasih.

Kadar Sewaan Peralatan MDLG

Pentadbiran Majlis Daerah Lenggong (MDLG) telah menetapkan kadar baru sewa peralatan MDLG melalui Kertas Kerja Bil. 14/2013 yang telah mendapat kelulusan daripada Ahli Mesyuarat Penuh MDLG.

Kelulusan ini mula berkuatkuasa pada 01 Oktober 2013 bagi semua peralatan sewaan MDLG seperti Lampiran A (rujuk rajah).

Sekian,

Terima Kasih.



Iklan Sebut Harga MDLG

Tawaran khas untuk Bumiputera bagi kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bekalan/perkhidmatan di bawah kepala dan subkepala berikut:

KEPALA DAN SUBKEPALA 221002

adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga berikut:-

1) Perkhidmatan membersih kawasan dan memotong rumput di kawasan ZON UTARA, Majlis Daerah Lenggong
2) Perkhidmatan membersih kawasan dan memotong rumput di kawasan ZON TENGAH, Majlis Daerah Lenggong
3) Perkhidmatan membersih kawasan dan memotong rumput di kawasan ZON SELATAN, Majlis Daerah Lenggong

Lawatan tapak: 23 Disember 2013 jam 09:00 pagi
Tarikh tutup: 31 Disember 2013 sebelum jam 12:00 tengah hari.

Sekian, Terima Kasih.


Thursday 12 December 2013

Iklan Jawatan Kosong MDLG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut, keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan:

1 Jawatan  : PEMBANTU AKAUNTAN
Kuasa Tempatan  : Majlis Daerah Lenggong
Klasifikasi Perkhidmatan  : Perkhidmatan Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana
Gred  : W17
Taraf Jawatan  : Tetap
Jadual Gaji  : RM 929.00 – RM 3,377.00
2. Jawatan  : PENGHANTAR NOTIS
Kuasa Tempatan  : Majlis Daerah Lenggong
Klasifikasi Perkhidmatan  : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana
Gaji  : N11
Taraf Jawatan  : Tetap
Jadual Gaji  : RM 802.00 – RM 2,663.00

Tarikh tutup: 17 Januari 2014

Untuk keterangan lanjut, sila lungsuri laman web Majlis Dareah Lenggong:
http://www.mdlg.gov.my/jawatan-kosong


Sekian, terima kasih.