Wednesday 13 March 2013

Notis Sebut Harga Tawaran Khas Bumiputera

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lemabga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 bertaraf Bumiputera serta dibenarkan membuat kerja-kerja sebut harga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga berikut:-

1. Menurap semula jalan di kawasan Pasar Majlis Daerah Lenggong
2. Membina garaj knederaan dan jentera Majlis Daerah Lenggong di Kota Tampan
3. Menaiktaraf kemudahan awam di Hentian R&R Tasik Raban Lama, Hentian Raja Muda Nazrin dan Resort Tasik Raban, Majlis Daerah Lenggong
4. Menaiktaraf gerai-gerai di atas pasar, Dataran Lenggong dan gerai-gerai dalam kawasan Majlis Daerah Lenggong

Lawata tapak: 26 Mac 2013 jam 09:00 pagi

Tarikh tututp: 02 April 2013 (sebelum jam 12:00 tengah hari).

Sekian, terima kasih.

Tuesday 12 March 2013

Selamat Hari Lahir!!!

Kami mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada kakitangan Majlis Daerah Lenggong yang menyambutnya dalam bulan Mac ini:

1) ABU BAKAR BIN ISMAIL (02 Mac)
2) NAHEMAH BINTI ZAHARI (03 Mac)
3) NOR HAFIZAH BINTI ABDUL AZIZ (07 Mac)
4) SHAZALI BIN ADNAN (09 Mac)
5) S. SIVA A/L SELAM PERAM (12 Mac)
6) MOHD KHAIROOL ANUAR BIN MOHAMED ZAHID (22 Mac)


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012



Pada 07 Mac 2013 telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2012 bagi peringkat Daerah Hulu Perak. Majlis ini telah menggabungkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Gerik, Majlis Daerah Lenggong dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan & Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak. Di antara jemputan yang hadir ke majlis ini ialah Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pejabat SUK Perak, En. Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria.

Bagi Majlis Daerah Lenggong seramai 33 orang kakitangan telah menerima sijil penghargaan iaitu lima orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala selebihnya menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji. Berikut merupakan senarai nama bagi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012:

1) MUNALIZA BINTI MANSOR
2) WARDATI BINTI MOHAMED
3) HAMDAN BIN ABDUL HALIM
4) ZULKURNAIN BIN ABDUL HAMID
5) ABU BAKAR BIN ISMAIL











Friday 1 March 2013

Notis Sebut Harga






Le Tour De Langkawi Malaysia 2013


Pertandingan lumba basikal ‘Le Tour De Langkawi Malaysia 2013’ (LTDL) peringkat ke dua telah diadakan pada hari Jumaat bertarikh 22 Februari 2013. Peringkat ke dua perlumbaan telah bermula dari Serdang, Kedah dan berakhir di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar, Perak dengan jarak 117.8 km. Para pelumba basikal LTDL telah melalui pekan Lenggong pada peringkat ke dua perlumbaan ini. Jalan Alang Iskandar di hadapan Agro Bank Lenggong merupakan kawasan ‘sprint’ ke dua bagi peringkat ke dua perlumbaan basikal LTDL ini. Para pelumba melalui kawasan pekan Lenggong pada jam 04:45 petang. Perlumbaan ini menarik perhatian ramai penduduk Lenggong untuk menyaksikan para pelumba basikal dengan lebih dekat lagi.

Terima kasih.