Friday, 1 March 2013

Le Tour De Langkawi Malaysia 2013


Pertandingan lumba basikal ‘Le Tour De Langkawi Malaysia 2013’ (LTDL) peringkat ke dua telah diadakan pada hari Jumaat bertarikh 22 Februari 2013. Peringkat ke dua perlumbaan telah bermula dari Serdang, Kedah dan berakhir di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar, Perak dengan jarak 117.8 km. Para pelumba basikal LTDL telah melalui pekan Lenggong pada peringkat ke dua perlumbaan ini. Jalan Alang Iskandar di hadapan Agro Bank Lenggong merupakan kawasan ‘sprint’ ke dua bagi peringkat ke dua perlumbaan basikal LTDL ini. Para pelumba melalui kawasan pekan Lenggong pada jam 04:45 petang. Perlumbaan ini menarik perhatian ramai penduduk Lenggong untuk menyaksikan para pelumba basikal dengan lebih dekat lagi.

Terima kasih.






No comments:

Post a Comment