Monday 25 May 2015

Sebut Harga Bil. 10/2015

Kod Bidang: 070201
Perkara: Membekal anak benih pokok bunga hiasan bagi penyelenggaraan landskap dalam kawasan Majlis Daerah Lenggong.
Tarikh tutup: 29 Mei 2015





Terima kasih.

Thursday 21 May 2015

Hebahan Projek Inovasi Majlis Daerah Lenggong 2015

Pada tahun ini Majlis Daerah Lenggong mencipta satu produk inovasi bagi menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) tahun 2015 peringkat Negeri Perak. Produk inovasi ini telah dihasilkan oleh kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kesihatan dan Pelesenan. Produk ini bernama 'g-Cleaner' telah direka cipta oleh kumpulan Smart RTR.

Produk ini dicipta bagi memudahkan kerja pembersihan di kawasan Resort Tasek Raban disebabkan oleh kekangan kakitangan. Kumpulan ini telah mencipta 'g-Clenear'  bagi memudahkan kerja pembersihan 'gutter' di dalam kawasan Resort Tasek Raban. Ciptaan ini menggunakan kos yang rendah kerana menggunakan bekas plastik yang sudah tidak digunakan, buluh dan besi yang dibengkokkan dan dikimpal bersama-sama pemegang buluh.

Ciri-ciri:
a) Menggunakan buluh/besi boleh laras/lain-lain pemegang sebagai batang. Kos yang murah serta senang didapati di kawasan sekitar Lenggong.

b) Menggunakan barangan terpakai seperti bekas plastik yang tidak digunakan untuk bahagian pengait

c) Kerja lebih kemas dan cepat jika dibandingkan dengan pengaut yang digunakan sebelum ini (menggunakan cangkuk besi).

Produk asal
Produk inovasi yang ditambah baik
Demonstrasi penggunaan alatan ini

Demonstrasi penggunaan alatan ini

Sekian, terima kasih.