Monday 23 April 2012

Kenangan Hari Terakhir En Mohamed Rashidi b Abd. Karim (Ketua Pembantu Tadbir) di Majlis Daerah lenggong



Majlis Penghargaan dan Jasamu Dikenang





Satu majlis Malam Penghargaan dan Jasamu Dikenang telah diadakan pada hari Rabu bertarikh 18 April 2012 pada jam 08:30 malam. Majlis ini telah diadakan di Perkarangan Resort Tasik Raban, Lenggong. Ianya telah dihadiri oleh semua ahli dan juga kakitangan Majlis Daerah Lenggong. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan persaraan mantan Ketua Pembantu Tadbir Encik Mohamed Rashidi b Abd. Karim yang mula bersara daripada perkhidmatan awam pada 01 April 2012. Beliau telah mula berkhidmat di Majlis Daerah Lenggong sejak 02 Mei 2000 dan telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun. Pihak kami mengucapkan selamat bersara dan ribuan terima kasih di atas segala khidmat yang beliau telah berikan sepanjang perkhidmatan beliau di Majlis Daerah Lenggong ini.



  
















Wednesday 18 April 2012

Jemputan Majlis Malam Penghargaan & Jasamu Dikenang



Dimaklumkan bahawa pihak Majlis Daerah Lenggong akan mengadakan Majlis Malam Penghargaan & Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan mantan Ketua Pembantu Tadbir En. Mohamed Rashidi b Abd Karim pada 18 April 2012 iaitu pada hari Rabu. Majlis ini akan bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Perkarangan Resort Tasik Raban. Sehubungan dengan itu tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Tuesday 17 April 2012

Majlis Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Lenggong & Pejabat Daerah Lenggong Bil. 02/2012

Perhimpunan bulanan Majlis Daerah Lenggong dan Pejabat Daerah Lenggong Bil. 02/2012 telah diadakan pada 13 April 2012 pada hari Jumaat. Majlis ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Lenggong bermula jam 03:00 petang dan berakhir pada jam 04:30 petang. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu negaraku dan lagu perkhidmatan awam. Seterusnya diiringi dengan bacaan ikrar. Pada majlis ini, Setiausaha & Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah menyampaikan ucapan kepada semua kakitangan yang hadir ke majlis ini. Turut hadir ke majlis ini ialah En. Mohd Zakuan bin Haji Zakaria selaku Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan.









Monday 9 April 2012

NOTIS SEBUTHARGA KELAS F

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelas F bertaraf Bumiputera dan yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja Sebutharga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga berikut:
1. Menaiktaraf jalan di dalam kawasan RPA Kota Tampan, Lenggong.

Lawatan tapak kerja DIWAJIBKAN: 18 April 2012
Tarikh tutup: 25 April 2012 (sebelum jam 12:00 tengah hari)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Daerah Lenggong.
 

NOTIS SEBUTHARGA KELAS E

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Kelas E bertaraf Bumiputera dan yang masih dibenarkan membuat kerja-kerja Sebutharga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga berikut:
1. Membina kemudahan pejalan kaki di dalam pekan Lenggong.
2. Membina dataran kejat untuk kawasan penjaja di Simpang Kota Tampan
Lawatan tapak kerja DIWAJIBKAN: 18 April 2012
Tarikh tutup: 25 April 2012 (sebelum jam 12:00 tengah hari)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Daerah Lenggong.