Wednesday 16 July 2014

Majlis Iftar Di Masjid Jamek Lenggong

Majlis Iftar sempena Ulang Tahun Kedua Pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia 2014 akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 16 Julai 2014
Hari: Rabu
Masa: 04:00 petang - 11:00 malam
Lokasi: Masjid Jamek Lenggong

Perasmian program ini akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak pada 16 Julai 2014. Orang ramai dijemput hadir ke majlis iftar ini.

Terima kasih.

Thursday 10 July 2014

Tawaran Sebut Harga Bil. 21/2014

Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1, G2 & G3 bertaraf Bumiputera serta dibenarkan membuat kerja-kerja sebut harga Majlis Daerah Lenggong adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga berikut:

Tajuk: Kerja pembaikan satu (1) unit janakuasa tunggu sedia dan panel kawalan janakuasa serta papan suis utama di Resort Tasek Raban, MD Lenggong.
Lawatan Tapak: 16 Julai 2014
Tarikh Tutup: 22 Julai 2014 (sebelum jam 12:00 tengah hari)


  Sekian, terima kasih.




Wednesday 9 July 2014

Tawaran Pajakan Restoran Rumah Rehat, MDLG

Permohonan adalah dipelawa untuk memajak Restoran Rumah Rehat, Majlis Daerah Lenggong seperti berikut:

a) Satu Unit Restoran Rumah Rehat Lenggong.

Harga borang permohonan: RM 20.00
Tarikh tutup: 23 Julai 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Daerah Lenggong pada waktu pejabat bermula jam 08:00 pagi hingga 04:30 petang.

Sekian, terima kasih.


Monday 7 July 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Pihak Majlis Daerah Lenggong mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1435H kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Semoga kita bersama-sama dapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

Terima kasih.

Selamat Hari Lahir!!!

Pihak Majlis Daerah Lenggong (MDLG) mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada kakitangan MDLG yang menyambutnya dalam bulan Julai 2014. Semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang:


a) MUHAMAD ZABIDI BIN AHMAT @ AHMAD YUSOFF (03/JULAI/1981)
b) A. RAGAVEN A/L  AVALEE (21/JULAI/1964)
c) MOHD DARUS BIN ZAINAL ABIDIN (25/JULAI/1965)
  

Terima Kasih.