Monday 14 April 2014

Pindaan Tarikh Tutup Sebut Harga MDLG

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup bagi sebut harga di bawah adalah dilanjutkan sehingga 22 April 2014:

a) No. Sebut harga 09/2014 (Menaiktaraf kemudahan padang, gelanggang tenis dan futsal di padang Lenggong, MD Lenggong)
b) No. Sebut harga 10/2014 (Menaiktaraf kemudahan jeti, pencahayaan, tempat letak kenderaan di R&R Tasek Raban Lama, MD Lenggong)

Harap maklum,

Sekian, terima kasih.


Tuesday 8 April 2014

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir!!!

Pihak Majlis Daerah Lenggong (MDLG) mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada kakitangan MDLG yang menyambutnya dalam bulan April 2014. Semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi:

a) ZULKURNAIN BIN ABDUL HAMID (04 April)
b) AZMI BIN MOHD YUSOP (08 April)
c) AZIBAH BINTI ABU BAKAR (24 April)
d) KAMARULDZAMAN BIN JALEK (25 April)
e) OTHMAN BIN SARIF (27 April)

Sekian, Terima Kasih.

Ekspo Keusahawanan Maktan Rendah Sains Mara (MRSM) Se-Malaysia Tahun 2014

MRSM Lenggong telah dilantik menjadi tuan rumah bagi menjayakan Ekspo Keusahawanan MRSM Se-Malaysia 2014 anjuran Bahagian Pendidikan Menengah MARA pada 24 April hingga 28 April 2014.

Pihak MRSM Lenggong bercadang untuk menjemput usahawan-usahawan di daerah Lenggong menyertai pameran dan pesta jualan sempena ekspo berkenaan seperti butiran berikut:-

Tarikh: 24- 28 April 2014
Hari: Khamis - Isnin
Masa:08:00 pagi sehingga 10:00 malam
Tempat: Lot Tempat Letak Kereta MRSM Lenggong
Bayaran: Percuma

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi MRSM Lenggong.

Sekian, terima kasih.


Friday 4 April 2014

Pajakan Restoran Rumah Rehat MDLG

Permohonan adalah dipelawa untuk memajak Restoran Rumah Rehat (D'Lenggong Cafe) Majlis Daerah Lenggong (MDLG). Permohonan perlu dibuat di dalam borang yang disediakan berharga RM 20.00 sahaja. Borang boleh didapati di kaunter pejabat MDLG pada waktu pejabat bermula jam 08:00 pagi sehingga 04:30 petang (Isnin hingg Jumaat).

Semua permohonan yang telah lengkap diisi, wang pertaruhan sebanyak RM 150.00 beserta kertas kerja untuk menjalankan perniagaan hendaklah dihanter ke Unit Pelesenan MDLG pada atau sebelum 30 April 2014.

Sekian, terima kasih.