Wednesday 29 February 2012

PERMOHONAN UNTUK MENYEWA GERAI MAJLIS DAERAH LENGGONG

Permohonan adalah dipelawa untuk menyewa dua (2) gerai Majlis Daerah Lenggong seperti berikut:
1) No. 8, Gerai Medan Selera Dataran Lenggong
2) No. 9, Gerai Medan Selera Dataran Lenggong 
Bayaran proses adalah RM 11.00 sahaja. Borang boleh didapati di kaunter Pejabat Majlis Daerah Lenggong pada waktu pejabat, bermula jam 08:00 pagi sehingga 04:45 petang (Isnin sehingga Jumaat).

Semua permohonan yang telah lengkap diisi berserta kertas kerja untuk menjalankan perniagaan hendaklah dihantar ke Unit Pelesenan & Penguatkuasaan, Majlis Daerah Lenggong pada atau sebelum 15 Mac 2012.

Sekian Terima Kasih.

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH LENGGONG

Permohonan-permohonan adalah diperlawa daripada Rakyat D.Y.M.M sultan Perak yang berwarganegara Malaysia dan berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan berikut (bertaraf TETAP):-

1. PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH (GRED J2-1) 
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U2-1)
3. PEMBANTU AKAUNTAN (GRED W4-1)
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N4-1)

Tarikh Tutup Permohonan: 26 Mac 2012.

* Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan yang boleh didapati di majlis Daerah Lenggong pada waktu pejabat atau dengan melayari laman web www.mdlg.gov.my (di bahagian: Laman Utama >> Info MDLG >> Peluang Pekerjaan).

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta gambar, salinan sijil-sijil, sampul surat yang beralamat sendiri dan bersetem 60 sen perlu dikembalikan kepada:-

Yang Dipertua,
Majis Daerah Lenggong,
Jalan Alang Iskandar,
33400 Lenggong,
Perak Darul Ridzuan.

MAJLIS PERASMIAN MEDAN SELERA DATARAN LENGGONG

Majlis Perasmian Medan Selera Dataran Lenggong ini akan disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Chor Chee Heung (Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan);

Tarikh: 02 Mac 2012 (Jumaat)
Masa: 08:30 pagi ~ 01:00 petang
Tempat: Medan Selera Dataran Lenggong

Antara program yang disediakan:
- Pameran (BOMBA, Jabatan Kesihatan, Jabatan Warisan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) & Majlis Daerah Lenggong)
- Pertandingan mewarna tabika KEMAS
- Ekspo mesra niaga 
- Persembahan kebudayaan.

Orang ramai dijemput hadir.

 

Wednesday 1 February 2012

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2012 Bersama Persatuan Pandu Puteri Perak


Satu majlis sambutan Tahun Baru Cina 2012 telah diadakan pada 29 Januari 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Lenggong. Majlis ini dihadiri oleh DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani Binti Raja Shahar Shah sebagai Yang DiPertua (YDP) Persatuan Pandu Puteri Perak merangkap Timbalan YDP Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Turut hadir Orang Besar Jajahan Hulu Perak iaitu Yang DiHormati Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Shaharudin Bin Hj. Nazari. Majlis ini diserikan oleh tarian singa & persembahan tarian daripada SJK(C) Yeong Hua, SJK(C) Air Kala, SJK(C) Selat Pagar dan SJK(C) Kay Beng. Seramai 70 orang penerima sumbangan yang terdiri daripada kalangan masyarakat Cina sekitar daerah Lenggong telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani Binti Raja Shahar Shah.











Majlis Pelancaran OSC Online


Majlis Pelancaran OSC Online bagi Majlis Daerah Gerik, Majlis Daerah Lenggong dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu telah diadakan secara serentak di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik. Majlis ini dilangsungkan pada 31 Januari 2012 jam 10:00 pagi. Ianya telah disempurnakan oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Mior Ismail Bin Mior Akim (Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi).

Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuah Mohd Tahir Bin Osman sebagai Pegawai Daerah Hulu Perak merangkap YDP Majlis Daerah Gerik. Seterusnya Tuan Haji Mior Ismail Bin Mior Akim telah melancarkan OSC Online secara serentak bagi tiga PBT di daerah Hulu Perak ini.






Majlis Perhimpunan Bulanan Majlis Daerah Lenggong & Pejabat Daerah Lenggong Bil. 01/2012












Perhimpunan bulanan Majlis Daerah Lenggong dan Pejabat Daerah Lenggong Bil. 01/2012 telah diadakan pada 25 Januari 2012 pada hari Rabu. Majlis ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Lenggong bermula jam 03:00 petang dan berakhir pada jam 04:30 petang. Pada majlis ini, Setiausaha & Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah menyampaikan ucapan kepada semua kakitangan yang hadir ke majlis ini.

Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Lenggong Tahun 2012


Satu majlis  angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Lenggong telah diadakan pada hari Rabu bertarikh 11 Januari 2012. Majlis ini telah dilangsungkan di Dewan Mesyuarat, Resort Tasik Raban, Lenggong. Seramai 22 orang ahli majlis telah dilantik bagi tahun 2012 ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Shaharudin Bin Hj. Nazari iaitu Orang Besar Jajahan Hulu Perak.