Monday 19 December 2011

Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong

Satu Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah diadakan pada hari Jumaat bertarikh 16 Disember 2011 jam 10:00 pagi. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Lenggong. Berdasarkan Peraturan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil. 1628 pada 14 Julai 2010, Y.A.B Menteri Besar telah bersetuju melantik Encik Faizal Nizam Bin Md. Nor sebagai Yang Dipertua dan Ahli Majlis baru bagi Majlis Daerah Lenggong berkuat kuasa mulai 16 November 2011. Majlis ini dihadiri oleh Ahli Majlis Daerah Lenggong seramai 17 orang.



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010, Jamuan Perpisahan dan Pertukaran

Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010, Jamuan Perpisahan dan Pertukaran telah diadakan pada hari Selasa bertarikh 06 Disember 2011 pada jam 11:00 pagi. Majlis ini telah diadakan di Dewan Merdeka Lenggong, Lenggong. Ianya telah dihadiri seramai 80 orang kakitangan, 22 orang ahli majlis dan lapan orang yang diraikan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada para pekerja Majlis Daerah Lenggong yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2010 dan Anugerah Perkhidmatan Terpuji. Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2010, para pekerja yang menerima anugerah ini mendapat wang saguhati bernilai RM1000 dan sijil penghargaan. Seramai lima orang pekerja Majlis Daerah Lenggong telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010 iaitu:

a) Encik Meor Syahrizan Bin Meor Mohd Hariri
b) Puan Azibah Binti Abu Bakar
c) Encik Mohd Zaini Bin Daud
d) Encik Mohd Jamil Bin Othman
e) Encik Othman Bin Sarif







Di samping itu, seramai 24 orang pekerja telah menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji dan mereka menerima sijil penghargaan serta cenderahati. Di dalam majlis yang sama turut diadakan Majlis Penyerahan Tugas Yang DiPertua (YDP) di antara En. Tukiren dan En. Faizal Nizam. En. Tukiren Hj Siron telah bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Gerik dan diganti oleh En. Faizal Nizam Md Nor.