Friday 31 May 2013

Operasi Tangkapan Kucing Liar



Satu operasi tangkapan kucing liar telah dilakukan pada 30 Mei 2013 bermula pada jam 08:45 pagi sehingga jam 12:00 tengah hari. Tangkapan dilakukan berdasarkan aduan daripada penyewa gerai dan orang awam. Sebanyak 41 ekor kucing telah berjaya ditangkap dan dihantar ke Tapak Pelupusan Sampah Ayer Kala, Lenggong. Seramai enam orang pekerja Bahagian Perkhidmatan Bandar telah terlibat di dalam operasi kali ini.











Lawatan Pemeriksaan Penggredan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2013



Bahagian Inspektorat, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Lawatan SPB-PBT ke Majlis Daerah Lenggong  pada 20 Mei 2013 (Isnin) yang lalu bermula  jam 8.30 pagi. Pengauditan ini telah berakhir pada jam 07:15 petang.

Lawatan ini di ketuai oleh En. Mohamed Noor bin Othman (Timbalan Setiausaha Bahagian), diiringi oleh tiga ahli iaitu Pn. Hanani bt Sidek (Ketua Penolong Setiausaha),Pn. Wan Aishah bt Junidin (Ketua Penolong Setiausaha) dan En. Zamri b Mohd Jalil (Penolong Setiausaha). Semua bahagian di Majlis Daerah Lenggong telah diaudit oleh pasukan ini. Secara rumusannya, terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik oleh pihak Majlis Daerah Lenggong di dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.







Pertandingan Bowling Sukan PBT Perak 2013

Pertandingan bowling bagi Sukan PBT Perak tahun 2013 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 31 Mei 2013 dan 01 Jun 2013
Masa: 03:00 petang pada 31 Mei 2013
Lokasi: Ampang Superbowl, Ipoh Parade Ipoh

Datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan bowling Majlis Daerah Lenggong.

Sekian, terima kasih.

Tuesday 7 May 2013

Pasar Malam Kota Tampan


Adalah dimaklumkan bahawa pasar malam baru telah dibuka di Kota Tampan ini seperti berikut:

Hari: Setiap hari Selasa
Masa: 05:00 petang ~ 09:00 malam
Lokasi: Dataran Kota Tampan

Terdapat pelbagai gerai jualan di pasar malam ini di antaranya jualan makanan, minuman, pakaian dan sebagainya. Moh le kite ghamei-ghamei ke pasar malam ni...

Terima kasih.

Selamat Hari Lahir!!!

Pihak Majlis Daerah Lenggong (MDLG), Perak mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada kakitangan MDLG yang menyambutnya dalam bulan Mei 2013 ini. Semoga anda dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang dan diberikan kesihatan yang baik.


BIL
NAMA KAKITANGAN
TARIKH LAHIR
1
MOHD YUSOF BIN AHMAD FUAT
01/05/1963
2
KHAIRUL AMALI BIN PAKI
01/05/1967
3
ABDUL GHANI BIN MAT ZIN
11/05/1964
4
FARIS ZAKI BIN BASRI
17/05/1987
5
MOHD KHALUDIN BIN BASHIR     
18/05/1956
6
RUSNIDA BINTI MAT SALLEH
19/05/1982
7
KHAIRUL SUHAIZI BIN INUDDIN
21/05/1981
8
MUH TAIB BIN JUSOH
23/05/1959
9
NOR HISHAM BIN ISA
24/05/1975












Terima kasih.