Friday 31 May 2013

Operasi Tangkapan Kucing Liar



Satu operasi tangkapan kucing liar telah dilakukan pada 30 Mei 2013 bermula pada jam 08:45 pagi sehingga jam 12:00 tengah hari. Tangkapan dilakukan berdasarkan aduan daripada penyewa gerai dan orang awam. Sebanyak 41 ekor kucing telah berjaya ditangkap dan dihantar ke Tapak Pelupusan Sampah Ayer Kala, Lenggong. Seramai enam orang pekerja Bahagian Perkhidmatan Bandar telah terlibat di dalam operasi kali ini.











No comments:

Post a Comment