Friday 31 May 2013

Lawatan Pemeriksaan Penggredan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2013



Bahagian Inspektorat, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Lawatan SPB-PBT ke Majlis Daerah Lenggong  pada 20 Mei 2013 (Isnin) yang lalu bermula  jam 8.30 pagi. Pengauditan ini telah berakhir pada jam 07:15 petang.

Lawatan ini di ketuai oleh En. Mohamed Noor bin Othman (Timbalan Setiausaha Bahagian), diiringi oleh tiga ahli iaitu Pn. Hanani bt Sidek (Ketua Penolong Setiausaha),Pn. Wan Aishah bt Junidin (Ketua Penolong Setiausaha) dan En. Zamri b Mohd Jalil (Penolong Setiausaha). Semua bahagian di Majlis Daerah Lenggong telah diaudit oleh pasukan ini. Secara rumusannya, terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik oleh pihak Majlis Daerah Lenggong di dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.







No comments:

Post a Comment