Tuesday 12 March 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012



Pada 07 Mac 2013 telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2012 bagi peringkat Daerah Hulu Perak. Majlis ini telah menggabungkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Gerik, Majlis Daerah Lenggong dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan & Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak. Di antara jemputan yang hadir ke majlis ini ialah Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pejabat SUK Perak, En. Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria.

Bagi Majlis Daerah Lenggong seramai 33 orang kakitangan telah menerima sijil penghargaan iaitu lima orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala selebihnya menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji. Berikut merupakan senarai nama bagi penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012:

1) MUNALIZA BINTI MANSOR
2) WARDATI BINTI MOHAMED
3) HAMDAN BIN ABDUL HALIM
4) ZULKURNAIN BIN ABDUL HAMID
5) ABU BAKAR BIN ISMAIL











No comments:

Post a Comment