Tuesday 3 July 2012

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 05/2012

Perhimpunan bulanan Majlis Daerah Lenggong dan Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong Bilangan 05/2012 telah diadakan pada 27 Jun 2012 pada hari Rabu. Majlis ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Lenggong bermula jam 04:00 petang dan berakhir pada jam 05:00 petang. Turut hadir di dalam perhimpunan bulanan Majlis Daerah Lenggong bersama Pejabat Daerah & Tanah Lenggong ialah Encik Mohd Muhsin Hanis Bin Shaharuddin iaitu Penolong Pegawai Daerah Lenggong. Pada majlis ini, Setiausaha, Penolong Pegawai Daerah Lenggong dan Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah menyampaikan ucapan kepada semua kakitangan yang hadir di dalam majlis ini. Disamping itu juga Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Majlis Daerah Lenggong turut menyampaikan kutipan derma kepada staf yang menerima rawatan perubatan di hospital. Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong turut menyampaikan hadiah hari lahir kepada staf yang lahir pada bulan May. Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang.







No comments:

Post a Comment