Tuesday 3 July 2012

LEMBAH LENGGONG TAPAK WARISAN DUNIA - UNESCO

Alhamdulillah, akhirnya Lenggong berjaya diangkat sebagai salah satu tapak warisan dunia. Pada tahun ini sebanyak 8 negara telah terpilih dan Malaysia (Lenggong) merupakan salah satu negara yang bertuah selain daripada negara Iran, Kanada, Portugal, Sepanyol, Perancis, Slovenia dan German. Semoga dengan pencalonan ini Lenggong akan mula dikenali di mata dunia dan penduduk Lenggong mendapat faedah dari kebanjiran pelancong yang akan melawat Lenggong selepas ini.

Tahniah kepada Jabatan Warisan Negara, pasukan PPAG USM, warga Majlis Daerah Lenggong,Jabatan Kerajaan, penduduk daerah Lenggong dan semua pihak yang telah berusaha dalam proses mendapatkan pencalonan ini. Tahniah diucapkan!!

Bacaan lengkap di sini:  

No comments:

Post a Comment