Wednesday 30 May 2012

Pesta Sukan Air 2012



Pada 26 Mei 2012 yang lalu, bertempat di R&R Lama Tasik Raban telah diadakan Pesta Sukan Air dan Larian Jambatan Raja Nazrin sempena dengan Tahun Melawat Perak 2012. Program ini adalah anjuran Majlis Daerah Lenggong dengan kerjasama daripada pelbagai agensi di daerah Lenggong. Pesta Sukan Air dan Larian Jambatan Raja Nazrin ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hamidah Osman iaitu Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan & Hal Ehwal Wanita Negeri Perak. Di samping pertandingan Larian Jambatan Raja Nazrin, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disediakan sepanjang program tersebut. Antaranya ialah senam seni, pertandingan mewarna KEMAS, pertandingan memancing, pertandingan pukul bantal, pertandingan panjat tiang licin, pertandingan menjala bawah halangan, pertandingan tarik tali dalam perahu, pertandingan kayak, pertandingan tangkap itik, pertandingan burung merbah, pertandingan masakan, pertandingan gubahan, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring dan pertandingan nasyid.  Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada pengunjung yang hadir.  

Pada sebelah malam  pula telah diadakan acara penutup, cabutan nombor bertuah dan persembahan artis tanahair seperti Shidee & pelawak Man Belon. Program ini diakhiri dengan  pertunjukan bunga api bagi memeriahkan lagi Pesta Sukan Air kali ini. Melalui program ini, ianya dapat mempromosikan daerah Lenggong sebagai salah satu lokasi pelancongan yang menarik untuk dilawati sempena Tahun Melawat Perak 2012. Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan progam ini adalah dihargai.






























No comments:

Post a Comment