Monday 10 March 2014

Produk Inovasi Majlis Daerah Lenggong

Majlis Daerah Lenggong telah mencipta dua produk inovasi. Ianya dihasilkan oleh kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kesihatan dan Pelesenan, MDLG. Dua produk tersebut ialah:

a) Adjustable K-Kon
Tujuan: Memudahkan kerja mengawasi kawasan 'hotspot', ianya boleh digunakan berulang kali berbanding dengan 'yellow hazard tape', lebih tahan lasak dalam pelbagai situasi. Selain itu, ianya boleh memantulkan cahaya jika digunakan pada waktu malam.




b) Multipurpose Through-Ley
Tujuan: Memudahkan kerja-kerja mengangkut sampah hampir dalam pelbagai keadaan bentuk muka bumi. Ianya juga menjimatkan masa dan boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang. Ianya diperbuat daripada besi supaya lebih tahan lama. Ia juga dibuat dalam size 2'x2' dan mempunyai bekas untuk menakung air 'Leachate' supaya ianya tidak meleleh di kawasan lain. Troli ini juga boleh digunakan dalam saiz 2'x2' atau 4'x4'. Ianya boleh digabungkan untuk mengangkut muatan yang lebih besar dan berat.





Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Majlis Daerah Lenggong di talian 05-7677207 / 307.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment