Thursday 1 August 2013

Majlis Iftar Anjuran Majlis Daerah Lenggong



Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan oleh kakitangan Majlis Daerah Lenggong (MDLG) pada 31 Julai 2013 (Rabu) bertempat di Dewan Merdeka, Lenggong bermula jam 06:30 petang sehingga jam 08:20 malam. Majlis ini telah dihadiri oleh kakitangan MDLG, ahli majlis, wakil daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan ketua-ketua kampung. Selain itu tetamu jemputan yang hadir ialah YB. Dato’ Saarani bin Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perak telah sudi hadir ke majlis berbuka puasa ini. Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong telah memberikan ucapan aluan dan diikuti oleh ucapan ringkas oleh YB Dato’ Saarani Bin Mohamad. Seterusnya, bacaan tahlil dan doa selamat telah diadakan dengan diketuai oleh Tuan Imam Masjid Jamek Lenggong. Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa untuk semua tetamu yang hadir.






No comments:

Post a Comment