Tuesday 13 August 2013

Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013 Peringkat Negeri Perak

Hari Perancangan Bandar Sedunia merupakan hari yang istimewa untuk mengiktiraf dan menggalakkan peranan perancangan dalam mewujudkan komuniti bandar yang berdayahuni. Ia juga dapat memberikan satu peluang yang baik untuk melihat kembali perancangan bandar daripada perspektif global, aspirasi orang awam serta sektor kerajaan di dalam menarik perhatian mereka kepada kesan alam sekitar akibat daripada pembangunan bandar sedia ada.

Bersempena dengan sambutan tersebut, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, akan menganjurkan Pertandingan Mewarna, Melukis dan Fotografi sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013 peringkat Negeri Perak yang akan berlangsung mulai 15 Ogos sehingga 30 September 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://jpbd.perak.gov.my/jpbd/

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment