Tuesday 20 March 2012

Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-11 Kelab Kebajikan & Sukan Majlis Daerah Lenggong


Bertempat di Dewan Merdeka, Lenggong telah diadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-11 Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Majlis Daerah Lenggong. Mesyuarat bermula pada jam 11:00 pagi dan ianya dihadiri oleh kakitangan Majlis Daerah Lenggong. Pada majlis ini juga turut diadakan pemilihan ahli jawatankuasa KKS bagi penggal 2012/2014. Semua ahli yang hadir telah mengundi untuk melantik ahli jawatankuasa KKS bagi penggal 2012/2014. Disamping itu, penyampaian cenderhati kepada bekas ahli jawatankuasa (AJK) KKS bagi penggal 2009/2011 telah disampaikan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Lenggong, Encik Faizal Nizam Mohd Nor.






No comments:

Post a Comment