Wednesday 7 March 2012

Majlis Perasmian Medan Selera Dataran Lenggong


Satu Majlis Perasmian Medan Selera Dataran Lenggong telah diadakan di Lenggong pada 02 Mac 2012 baru-baru ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Seri Chor Chee Heung. Di antara tetamu jempuatan yang hadir ialah Dato’ Dr. Mah Hang Soon selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak, Ahli Parlimen Kawasan Lenggong Dato’ Shamsul Anuar Nasarah dan ADUN Kota Tampan Dato’ Saarani Mohamad. Dato’ Seri Chor Chee Heung tiba di Medan Selera Dataran Lenggong pada jam 10:00 pagi. Sebelum itu beliau telah dibawa untuk sesi walkabout sekitar pekan Lenggong dan diberi penerangan ringkas berkenaan masalah-masalah serta projek pembangunan di pekan Lenggong.

Di dalam majlis yang sama Dato’ Seri Chor Chee Heung turut menyampaikan geran tahunan dan sumbangan bantu kadar kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Perak. Sidang media turut diadakan selepas majlis perasmian ini. Di samping itu, pertandingan mewarna tabika KEMAS, pameran dan gerai jualan usahawan FAMA turut diadakan bagi memeriahkan majlis ini. Jamuan tengah hari turut disediakan kepada semua tetamu yang hadir dan majlis berakhir pada jam 01:00 petang.












No comments:

Post a Comment