Pada 26 Mei 2012 yang lalu,
bertempat di R&R Lama Tasik Raban telah diadakan Pesta Sukan Air dan Larian
Jambatan Raja Nazrin sempena dengan Tahun Melawat Perak 2012. Program ini
adalah anjuran Majlis Daerah Lenggong dengan kerjasama daripada pelbagai agensi
di daerah Lenggong. Pesta Sukan Air dan Larian Jambatan Raja Nazrin ini telah
dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Hamidah Osman iaitu Exco Industri, Pelaburan,
Pembangunan Usahawan, Pelancongan & Hal Ehwal Wanita Negeri Perak. Di samping
pertandingan Larian Jambatan Raja Nazrin, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik
disediakan sepanjang program tersebut. Antaranya ialah senam seni,
pertandingan mewarna KEMAS, pertandingan
memancing, pertandingan pukul bantal, pertandingan panjat tiang licin, pertandingan menjala bawah halangan, pertandingan tarik tali dalam perahu, pertandingan kayak, pertandingan tangkap itik,
pertandingan burung merbah, pertandingan masakan,
pertandingan gubahan, pertandingan futsal,
pertandingan bola jaring dan pertandingan
nasyid. Program ini telah
mendapat sambutan yang menggalakan daripada pengunjung yang hadir.
Pada
sebelah malam pula telah diadakan acara
penutup, cabutan nombor bertuah dan persembahan artis tanahair seperti Shidee
& pelawak Man Belon. Program ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api bagi memeriahkan lagi
Pesta Sukan Air kali ini. Melalui program ini, ianya dapat mempromosikan daerah
Lenggong sebagai salah satu lokasi pelancongan yang menarik untuk dilawati sempena
Tahun Melawat Perak 2012. Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan
progam ini adalah dihargai.